Ini adalah satu kisah lama yang mungkin tidak perlu diungkitkan kembali. Walau bagaimanapun ia akan kekal dalam ingatan aku dan rakan-rakan yang lain mungkin apabila banyak kejadian tidak diingini rentetan peristiwa ini.
paling diingati apabila kami paksa melakukan perkara-perkara diluar dugaan dan salah seorang rakan kami telah sesak nafas dan terpaksa diberi bantuan pernafasan. Masih ingat lagi wajah Wan Azahari ( la ni bertugas di Sabah..bunyi kata jadi TABIB juga ).
Salah seorang senior telah menerima kecaman dan tidak pasti ia 'digomol' atau tidak oleh rakan-rakan di Tingkatan 6 Rendah masa itu. Ikut perancangan lepas solat jumaat. (Pecah rahsia lama....hehehe).
Itulah saat apabila kami beramai-ramai menuju ke rumah Penolong Kanan 1 (dah lupa nama) tapi orangnya lemah lembut, berhemah dan tidak lupa paksa kami mengamalkan bacaan al-mathurat.
Minggu taaruf telah ditamatkan lebih awal dan kami selamat untuk 'diragging' lagi. Adakah perkataan 'ragging' itu sesuai atau tidak tapi hakikatnya itu adalah perkataan yang sinonim dengan amalan Minggu Taaruf. (pada masa itu).
Itu cerita lama....sekarang aku pun memang tak ada masalah dengan senior terbabit dan singgah juga makan sate di kedai dia di Jabi. Tapi bila tengok dia aku akan teringat kisah Minggu taaruf ini....huhuhu