Tajuk macam GANAS saja tapi itu adalah kenyataannya apabila pelajar-pelajar Tingkatan 3 di SMA Setiu diarahkan bertukar ke SMA Maarif, Kg Raja pada tahun 1988. Oleh kerana kami agak ramai, maka ia tidaklah menjadi canggung untuk kami menyesuaikan diri apabila ditempatkan di Asrama Luar dan sebahagian di Asrama Dalam.
Hidup di Asrama Luar sungguh menyeronokkan dan kalau tanya rakan-rakan lain tentu mempunyai perbagai himpunan cerita atau kisah lucu dan menyakitkan. Ingat lagi Warder Ustaz Sulaiman yang penat atau lelah menjaga budak-budak Setiu buat pertama kali hidup dalam suasana asrama.